Senin, 09 Februari 2015

Gol rasmi pertama

Salam sejahtera dan bahagia buat sobat semua, smoga selalu diberkahi oleh Yang Kuasa. Dalam kesempata yang berbahagia ini kita akan akan membuka sedikit tentang Gol rasmi pertama."
Tahun 1992. Gua darjah tiga. Gua masih ingat suasana padang bola kampung di satu hujung minggu waktu tu. Di tengah padang sedang berlangsung perlawanan akhir bola sepak kejohanan tertutup kampung bagi budak-budak kampung. Terbuka pada budak-budak berusia 15 tahun ke bawah. Anjuran seorang penganjur amatur, bernama Sofian. Panggilan, Pian. Usia si penganjur gua dah tak ingat. Yang pasti tua dari gua. Belasan tahun juga rasanya.

Tugas Pian sebagai penganjur kejohanan, cukup mudah. Tanpa perlu menulis surat rasmi yang perlu tandatangan ketua kampung atau pun pihak kementerian. Cukup sekadar guna mulut sound kawan-kawan untuk buat team pasukan masing-masing. Tulis nama pasukan dan senarai pemain dalam kertas yang disediakan sendiri oleh pasukan yang mahu turut serta bermain. Kertas kajang, kertas buku latihan, kertas taip saiz A4, kertas minyak, kertas kotak sekali pun, lantak kau lah. Yang penting dapat di baca. Kemudian ketua setiap pasukan hantar senarai pasukan masing-masing beserta wang pendaftaran lima ringgit untuk satu pasukan.

Pian sebagai penganjur, bertanggungjawab menyediakan bola, hadiah, wisel dan pengadil. Itu saja. Penjaga garisan, tiada. Ikut suara ramai penonton yang berada di luar padang. Jika bola keluar, penonton yang berada berhampiran akan jerit, bola out. Soal keselamatan, pandai-pandailah bawa diri kalau patah kaki. Namun salah satu aspek keselamatan yang diutamakan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam kejohanan adalah, dilarang sama sekali bermain pakai kasut bola yang ada gigi atau orang putih cakap yang ada stud. Kasut lain, bloeh pakai. Tapi kebanyakan pemain tiadalah yang pakai kasut. Kaki ayam saja semua.

Keadaan padang bola di kampung gua waktu tu, lebih kurang macam padang mahsyar. Rumput tumbuh sejemput-sejemput di satu dua tempat saja. Padang di penuhi dengan batu putih. Itu pasal kampung gua dinamakan kampung batu putih. Jadi bila ada hajat mahu membuat tekel bola di kaki lawan, maka bersiap sedialah untuk keluar padang dengan betis dan siku yang berdarah.

Gua masa tu bermain dengan pasukan yang diketuai oleh sepupu gua sendiri. Itu pasal gua dapat bermain. Walau pun cuma pemain simpanan sepenuh masa. Maklumlah, darjah tiga. Tinggi pun belum sampai empat kaki. Pasukan gua layak sampai ke perlawanan akhir. Layak tanpa perlu gua masuk bermain. Cuma sorak dan memekik dari tepi padang saja.

Perlawanan akhir hari itu yang diadili oleh penganjur sendiri, berlangsung dengan sengit. Kedua pasukan saling berbalas serangan, saling balas bertahan. Semuanya cukup, cuma satu saja yang kurang. Tiada jaringan. Para penonton tepi padang mula mengeluh kepanasan. Bukan panas yang wujud dari dalam hati. Tapi panas yang dipanah terik mentari pukul 11 pagi. Gila punya power main bola pukul 11 pagi. Itu saja masa yang sesuai, kalau tunda pukul dua, banyak pemain takkan muncul sebab dah terbaring depan tv tidur kekenyangan lepas makan nasi. Main waktu petang, brader-brader kampung pula yang konker padang. Mahu tidak mahu, kena main pukul 11 juga.

Main punya main, serang punya serang, bertahan punya bertahan, prakkk! salah seorang pemain pasukan gua cedera sampai bengkak buku lali. Waktu tu gua gembira bukan main tengok pemain pasukan gua cedera sampai keluar padang. Dapat juga gua masuk bermain akhirnya. Dah gua seorang saja yang jadi pemain simpanan, siapa lagi yang patut masuk ganti.

"Kau main di bawah saja. Jangan naik. Ok?" arahan ketua pasukan gua merangkap sepupu satu kali sama gua. Gua angguk tanda faham. Dalam hati menggeleng tanda geram. Apa kelas gua main jadi pertahanan? Paling kurang pun gua main di sayap kanan. Gua cakap dalam hati.

Main punya main, serang punya serang, bertahan punya bertahan, prakkk! Penjaga gol lawan pula cedera terseliuh jari lepas terpijak oleh kawan sendiri ketika keadaan kucar-kacir di depan garisan gol. Penjaga gol lawan terpaksa diganti.

Masa perlawanan waktu tu gua rasa sudah mahu menginjak ke hujung masa perlawanan bila gua perati Pian yang jadi pengadil asyik-asyik tengok jam di tangan. Dan waktu tu pasukan gua hebat mengasak ke kubu pertahanan lawanan. Tapi langsung tiada percubaan. Gua pun saat tu sudah berada di atas, dekat dengan kawasan pintu gol lawan. Kubu pertahanan lawan agak kucar-kacir dan menjadi gusar juga bila melihat gua ada di situ. Dan kegusaran mereka menjadi kenyataan bila bola entah macam mana menuju ke arah gua.�

Bang!! Satu rembatan kaki kanan gua bagi. Penjaga gol lawan pun melakukan satu layangan badan yang paling cantik dalam kejohanan itu. Tapi malang, penjaga gol gantian pasukan lawan itu sebenarnya adalah sepupu gua juga. Abang kepada ketua pasukan gua. Dan bola jenama MIKASA saiz lima bergolek juga perlahan-lahan melintasi garisan gol lawan. Bertempik gembira pasukan gua bila bola tendangan gua itu menjadi satu-satunya gol sampai masa tamat. Pasukan lawan semua cekak pinggang sambil masing-masing muka down. Penjaga gol lawan pula sudah awal-awal hilang angkat kaki balik rumah. Pasukan gua menang kejohanan tertutup yang merupakan kejohanan rasmi pertama gua bermain bola. Dan jaringan gol rasmi pertama gua dalam hidup.

Selesai perlawanan, semua pemain terus mengerumuni Sofian si penganjur kejohanan yang diapit dua orang kanannya. Bertanyakan hadiah kejohanan yang dikatakan pada awal kejohanan berbentuk trofi dan sebuah piala untuk pasukan yang menang. Agak serabut juga muka Sofian kena tagih hadiah. Namun dia tetap tenang untuk menjawab.�

"Hadiah, nanti petang jam empat baru dapat. Di padang ni juga penyampaian hadiah." Sofian jawab persoalan tiga pasukan teratas pertandingan. Semua pemain-pemain lega mendengar jawapan Sofian. Tunggu waktu petang.

Dan pada waktu petang hari tu, Sofian kena belasah dengan bapa dia sendiri guna tali pinggang. Kena belasah lepas kantoi membawa satu beg plastik besar berisi trofi dan piala milik bapanya sendiri. Yuran berjumlah lima ringgit setiap pasukan, burn.
"
Source : http://pckt.blogspot.com/2011/07/gol-rasmi-pertama.html


asalnya sembilu dari buluh

Jika dianyam jadikan tampian

Kami menyusun jarinya sepuluh

Salah dan silaf mohonlah dimaafkan



Video yang berkaitan dengan Gol rasmi pertama


0 comments:

Posting Komentar