Sabtu, 21 Maret 2015

Krisis di Iraq: Kemaraan ISIL dan Kegagalan Obama

Gimana nih hari ini kabarnya sobat semua ?, he he yang pastinya lagi bahagia dan sehat kan sobat semua !. Topik kita kali ini adalah Krisis di Iraq: Kemaraan ISIL dan Kegagalan Obama."
Krisis �Perang Saudara� di Syria telah memberikan impak yang buruk (atau geopolitical disaster) di seluruh rantau Arab dan memetik kenyataan yang pernah ditegaskan oleh Presiden Assad melalui wawancaranya dengan stesen TV, Russia Today (RT) pada 8 November 2012;

�I don�t think the West is going [to intervene], but if they do so, nobody can tell what is next...�I think the price of this [foreign] invasion if it happened is to be going more than the world can afford�.


Assad ketika ditemuramah Russia Today (RT).
Amaran dari Rejim Assad ini menunjukkan kepada campurtangan ketenteraan (military intervention) oleh AS- NATO keatas Damsyik yang dijangkakan akan berlaku pada bila- bila masa, malahan, tindakan �conventional warfare� Blok Barat ini telahpun dibayangi dengan �ancaman� peluru berpandu PAC- Patriot Nato yang ditempatkan di kawasan persempadanan antara Turki- Syria. Namun, Conventional warfare, perang secara direct melalui campurtangan ketenteraan keatas Syria tidaklah mudah untuk diluluskan oleh Obama meskipun mendapat desakan hebat (melancarkan perang) daripada senator- senator konservatif- Republikan, termasuklah bekas pesaingnya dalam pemilihan Presiden 2008, John McCain. Pentadbiran Obama dilabel sebagai lemah dalam penentuan (decision- making)polisi luar, apatah lagi, McCain menegaskan polisi luar era Bush Jr. adalah lebih effisien berbanding Obama terutamanya dalam menghadapi rangkaian terrorism global seperti pencerobohan keatas Afghanistan (2001) dan Iraq (2003).

Rejim Assad memberi amaran akan campurtangan ketenteraan yang mampu membawa bencana kepada dunia Arab, akan tetapi, campurtangan tersebut masih belum dilaksanakan akibat ketidaktentuan politik dalaman di AS itu sendiri. Namun, unconventional warfare melalui bantuan secara rahsia ataupun �clandestine warfare� telahpun berlaku di Syria. Tambahan pula, kumpulan- kumpulan pemberontak yang dilabelkan sebagai �jihadis� oleh media AS merupakan kumpulan yang paling mendapat sokongan sama ada sokongan kewangan dan penyeludupan senjata oleh CIA dan negara- negara sekutu AS, termasuklah Arab Saudi, Turki dan Qatar. Malahan, ada juga laporan bahawa kumpulan radikal ini mendapat bantuan daripada pihak Israel. Kemunculan ISIL atau ISIS (Islamic States in Iraq and the Levants/Syam) telah memberikan tamparan hebat kepada Obama dan inilah yang disebut sebagai �blowback� dalam dasar luar aggressif AS, tatkala, kumpulan pemberontak ini pernah dilatih dan ditaja oleh AS dan kini berpotensi sebagai ancaman besar kepada Obama, khususnya kepentingan hegemoni- unipolar AS di rantau Arab. Seperti yang pernah ditegaskan Assad, senario ini seperti menggambarkan kemaraan ISIL di Iraq adalah harga yang tidak mampu ditanggung oleh negara- negara yang terlibat dalam krisis di Syria tersebut.

ISIL/ISIS merupakan salah satu kumpulan rangkaian terrosism Al- Qaeda yang berpangkalan di Aleppo dan Raqqa (Syria). Kumpulan ini diketuai oleh Abu Bakr al- Baghdadi, dilaporkan bahawa beliau merupakan warganegara Iraq dan juga merupakan anggota sayap militan semenjak era Presiden Saddam Hussien. Al- Baghdadi menjadi tumpuan pada 2010 setelah beliau menggantikan pemimpin Al- Qaeda di Iraq (AQI), Abu Abdullah al- Rashid al- Baghdadi dan Abu Ayubb al- Masri yang terbunuh akibat serangan oleh tentera AS dan Iraq. Serangan berani mati dan letupan kereta adalah merupakan �serangan� yang sering digunakan oleh kumpulan ini terutamanya bagi anggota atau untrained foreign fighter. Kemaraan ISIL yang berjaya menakluk bandar- bandar utama (key areas) di Iraq (selepas Falluja pada Januari lalu) telah menarik perhatian global akan keupayaan sebuah kumpulan rangkaian Al- Qaeda yang mampu melumpuhkan sebuah kerajaan dan sekaligus mengancam legitimasi Doktrin Obama di Iraq dan rantau Arab. Keupayaan ISIL ini juga turut terpalit dengan isu- isu kemanusiaan apabila kumpulan ini dilihat lebih ektremis berbanding dengan Al- Qaeda. Tambahan pula, insiden pembunuhan pemimpin kumpulan pemberontak Ahrar al- Sham dan Jabhat al- Nusra oleh ISIL telah menyebabkan kumpulan ini �tidak sepakat� dengan rangkaian Al- Qaeda, namun, pepecahan atau intra- jihadis civil war ini juga memberi kredit kepada Rejim Assad yang pada masa ini pula dilihat sebagai sebuah rejim yang perlu dipertahankan Barat bagi melumpuhkan perkembangan rangkaian terrorism- inilah juga faktor yang menyebabkan Barat terpaksa berfikir lama untuk melancarkan military invasion keatas Syria.


Wilayah Utara Iraq yang telah berjaya dikuasai ISIL/S, termasuklah kawasan- kawasan laluan minyak.

Kemaraan ISIL telah mencetuskan krisis di Iraq, krisis yang dilihat mampu menumbangkan kerajaan PM Nouri al- Maliki, yang pernah dilabelkan sebagai puppet kepada AS. ISIL meluaskan kuasa dari Raqqa, Syria hingga ke bandar- bandar utama di Iraq- Falluja, Mosul dan kawasan yang menghampiri bandar Baghdad. Strategi penawanan oleh ISIL juga semakin kukuh dengan rampasan kawasan- kawasan operasi minyak termasuklah Baiji dan difahamkan Majnoon juga turut diancam penawanan oleh ISIL. Penawanan di kawasan operasi minyak ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan (anggaran) 800 pemberontak Sunni melumpuhkan struktur keselamatan Iraq malahan ini merupakan �significant gain� kepada ISIL untuk mendapat sokongan kewangan yang telahpun mencecah $2 billion. Kerajaan Maliki terus dikecam oleh politikus AS dan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Syiah di Iraq. Kegagalan Maliki untuk mentadbir dengan baik termasuklah meminggirkan 5- 6 juta populasi Sunni dari segi politik dan ekonomi adalah merupakan faktor kegagalan kerajaan Iraq untuk menyatukan rakyat Iraq bagi mempertahankan negara dari serangan ISIL. Akan tetapi, gambaran yang lebih jelas adalah kegagalan Doktrin Obama untuk membawa kestabilan, penyuburan demokrasi dan penyatuan di Iraq (pasca- pengunduran tentera pada 2011) telahpun menggambarkan kegagalan kuasa unipolar AS di Asia Barat.�
"
Source : http://bincangisuglobal.blogspot.com/2014/06/krisis-di-iraq-kemaraan-isil-dan.html

         Akhir kata semoga postingan tentang Krisis di Iraq: Kemaraan ISIL dan Kegagalan Obama yang saya buat ini dapat bermanfaat untuk pembaca sekalian.



Video yang berkaitan dengan Krisis di Iraq: Kemaraan ISIL dan Kegagalan Obama


0 comments:

Posting Komentar