Senin, 23 Maret 2015

3 bayi kronik tunggu dibedah

Salam hangat buat Sobat semua !, saya slalu berdo'a smoga Sobat semua akan slalu bahagia dan sehat slamanya. Berikut ini kita akan membicarakan tentang 3 bayi kronik tunggu dibedah."
AMPANG: Dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki berusia 43 hari hingga 10 bulan yang menghidap pelbagai masalah jantung memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang dijangka dijalankan di Hospital Gleneagles di sini, dalam tempoh terdekat.

Siti Nur Arissa Amran, 43 hari yang menghidap tiga masalah jantung kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan RM25,000 bagi menjalani pembedahan segera untuk mempertingkatkan aliran darah ke paru-paru selepas jantungnya tidak mempunyai hubungan antara bilik bahagian atas kanan dan bawah kanan jantung.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu juga menghidap Pulmonary Atresia (ketiadaan hubungan antara bilik bawah kanan jantung dan saluran darah pada paru-paru) dan Ventricular Septal Defect (jantung berlubang) yang memerlukan kos lain untuk rawatan selanjutnya.

Bapanya, Amran Mohammad Yusoff, 32, pembantu di Hospital Gua Musang, Kelantan dengan pendapatan RM791 sebulan dan ibunya, Sariyah Jusoh, 33, kerani dengan pendapatan RM1,400 sebulan merayu simpati orang ramai supaya bayi pertama mereka membesar dan menjalani kehidupan seperti bayi lain.

�Saya dan isteri memohon orang ramai yang prihatin untuk menyumbang bagi menampung kos pembedahan yang tinggi bagi kami.

�Pada masa ini, kami sangat buntu dan hanya bergantung harap kepada Unit Kebajikan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),� kata Amran yang ditemui di sini, semalam.

Chia Yu Tian, 10 bulan yang menghidap penyakit sama seperti Siti Nur Arissa juga memerlukan RM20,000 bagi menjalani pembedahan kedua untuk membesarkan saluran darah ke paru-parunya.

Sebelum ini, Yu Tian berjaya menjalani pembedahan pertama dikenali sebagai Right BT Shunt bagi mempertingkatkan aliran darah ke paru-paru pada September tahun lalu.

Bapanya, Chia Hwa Soon, 32, yang bekerja sebagai wakil jualan dengan pendapatan RM2,700 sebulan, berkata beliau tidak mempunyai sumber kewangan lain selepas semua simpanannya diperuntukkan untuk pembedahan pertama sedangkan bayi pertamanya itu memerlukan pembedahan lagi.

Tan Cun Rui yang baru berusia dua bulan pula memerlukan RM25,000 untuk membolehkannya menjalani pembedahan bagi mengurangkan aliran darah ke paru-parunya selepas salur darah ke paru-paru dan badannya didapati terbalik.

Anak kedua pasangan Tan Tek Kian, 37, dan Tan Siew Hoai, 39, ini turut mengalami jantung berlubang dan aliran darah pada jantungnya tersumbat.

Sumbangan orang ramai amat dialu-alukan menerusi cek kepada The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama pesakit di belakang dan dialamatkan kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Berita Harian
13 Mac 2012
"
Source : http://duniaitu.blogspot.com/2012/03/3-bayi-kronik-tunggu-dibedah.html

         Sekian bahasan tentang 3 bayi kronik tunggu dibedah ini dan penutup dari saya semoga berkenan di hati dan kami ucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya.



Video yang berkaitan dengan 3 bayi kronik tunggu dibedah


0 comments:

Posting Komentar