Minggu, 15 Maret 2015

Mothering Monday : Mengapa anak anda tidak perlukan garam atau gula tambahan

Bagaimana kabar Sahabat semua hari ini ?, tentunya semoga berbahagia dan sehat selalu. Ok langsung saja ke poko pembicaraan kita yaitu mengenai Mothering Monday : Mengapa anak anda tidak perlukan garam atau gula tambahan ."

Salam Hari Isnin dan sudah tentunya jika anda di sini, anda telah di redirectkan ke sini dari blog lama saya. Saya tak akan bercakap panjang lebar tentang bagaimaa memperkenalkan makanan bayi dan makanan pepejal sebab informasi tu boleh sahaja anda baca di blog rakan saya Maghfarah di sini

Sebaliknya saya akan tekankan masalah pemahaman tentang gula dan garam tambahan semasa penyediaan makanan bayi.�
Kebiasaannya bila orang sebut garam dan gula mesti terbayang�



dan kerapkali tidak pernah berfikir tentang gula dan garam tersembunyi.


Dalam siri pertama ini saya akan tumpukan perhatian pada garam atau sodium tambahan. Pertama kali, kita sebagai ibu kena tahu keperluan garam bagi anak-anak kita. Rujuk gambar ini :
Sesetengah makanan yang tinggi kandungan garam tidak rasa masin pun. Bijirin sarapan pagi, roti, keju, biskut & kek semuanya boleh mengandungi garam tersembunyi. Ia juga boleh berada tersembunyi di dalam makanan semulajadi seperti�
telur (size besar, pada kuningnya) - �170 milligrams
secawan susu lembu - 100 milligrams
satu batang celery - �30 milligrams�
secawan bayam yang telah di masak - 184 milligrams

"Eh, saya dulu makan garam tau. Kesian baby makan tak ada garam"
Sebenarnya rasa masin adalah sesuatu yang kita belajar, seperti konsep alah bisa tegal biasa. Jadi kalau dari kecil kita sudah terbiasa dengan tahap masin yang melampau, bila sudah dewasa lidah kita menjadi terbiasa. Pemerhatian ini amat mudah kita lihat bila kita membeli makanan yang di masak orang lain. Kadangkala kita rasa tidak cukup garam atau terlebih garam. Besar kemungkinan tukang masak sudah terbiasa masak dengan kurang kandungan garam yang biasa kita ambil atau lebih. Jadi pada saya tak rugi kalau bayi dari awal pengenalan makanan kurang merasa garam - yelah. Alah bisa tegal biasa. Alah makan garam tinggi menang dari segi kesihatan.

Berikut adalah beberapa tanggapan dan salah faham biasa mengenai garam yang telah diperbetulkan oleh pertubuhan WASH�

1. Garam laut ke atau garam batu, tidak ada satu pun yang lebih baik untuk kita. Ia masih mengandungi sodium, yang boleh menaikkan tekanan darah kita.

2. Kurang garam tidak perlu bermakna kurang dari segi rasa. Selain garam, cuba tambah herba, lada hitam , cili, bawang putih dan �jus lemon sebagai perisa.�

3. Walaupun kita tidak mengambil garam kita sebenarnya masih boleh makan banyak makanan yang ada kandungan sodium. Kira-kira 75 % daripada garam yang kita makan sudah berada dalam makanan yang diproses.

4. Tidak mungkin untuk kita makan garam terlalu sedikit. Garam ada banyak dalam makanan, adalah sukar untuk makan terlalu sedikit.

5. Membiasakan diri dengan makanan tanpa garam hanya mengambil masa beberapa minggu. Ia adalah sama dengan membiasakan diri dengan teh atau kopi tanpa gula.

6. Malah jika anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi, ia masihlah sangat baik untuk mengurangkan garam. Tekanan darah meningkat mengikut usia, ditambah diet bergaram yang tinggi disukai kepada berkait rapat dengan osteoporosis, kanser perut , penyakit buah pinggang dan obesiti.

Ingat tak saya sebut di atas, secawan susu lembu mengandungi kandungan sodium yang tinggi?�
Maka minum susu lembu boleh meningkatkan osteoporosis sebenarnya apatah lagi susu yang kebanyakkan anak-anak kita minum sekarang adalah diproses. Bila anak kerap minum/makan makanan tinggi garam maka dia akan kerap kencing dan melalui kencing itu lah kalsium hilang. Dan kerana buah pinggang anak masih kurang mature, dengan mendedahkannya pada kandungan sodium yang terlalu tinggi menyebabkan buah pinggangnya terpaksa bekerja keras dan ini akan cepat merosakkan buah pinggang mereka�

Susu Ibu masih yang terbaik
Dalam satu laporan akhbar The Telegraph dalam bulan Ogos 2011, penulis telah menerangkan bagaimana susu lembu adalah terlalu "masin" untuk bayi di bawah 1 tahun dan hampir empat kali ganda masin daripada susu ibu. Para penyelidik telah mendapati bahawa susu lembu yang diberi kepada bayi sebelum 12 bulan cenderung memiliki diet garam yang tinggi.

Dr Pauline Emmett dan Vicky Cribb, pakar pemakanan dari Universiti Bristol, mendapati bahawa tujuh dalam 10 bayi mempunyai terlalu banyak garam dalam diet mereka. Mereka menyatakan, susu lembu mengandungi 55mg garam untuk 100ml, hampir empat kali ganda daripada yang terdapat dalam susu ibu (15mg / 100ml). Kepekatan dalam susu formula pula berbeza-beza dari 15 hingga 30mg / 100ml. (Sumber)

Jangan malas baca label!



Lagi satu tabiat yang tidak baik di kalangan kita ibu-ibu adalah tidak membaca label. Biasakan diri membaca label untuk melihat jika makanan itu bersesuaian untuk diberi atau tidak.�

�Diet is the culprit, and diet is the solution.� - jadi saya menggalakkan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun daripada pemberian susu formula. Malah para saitis sendiri mengakui, walaupun ibu makan makanan bergaram yang sedikit tinggi, ia tidak ada apa-apa efek pada susu ibunya (maknyanya susu ibunya masih low sodium) tapi hanya pada kesihatannya sendiri (Sumber)


Diet yang baik adalah dengan menggalakkan pengambilan makanan yang ada potasium untuk mengawal kandungan di dalam badan. Antaranya adalah pisang, sayur-sayuran hijau, ikan salmon dan avocado. Malah avocado adalah makanan Sodium Free sebagai makanan pertama bayi anda.�

Posting seterusnya nanti dalam Mothering Monday kita bincang gula tersembunyi pula.�
"
Source : http://notsoveryperfect.blogspot.com/2013/10/mothering-monday-mengapa-anak-anda.html

         Akhirnya tiada kata yang paling indah kecuali puji syukur alhamdulillah pada Allah atas berjuta nikmat yang tercurah pada kami. Semoga dengan kupasan tentang bahasan ini bisa memberikan nilai dan kesungguhan dalam belajar. Mungkin cukup sekian yang dapat saya sampaikan mengenai Mothering Monday : Mengapa anak anda tidak perlukan garam atau gula tambahan , ada kurang lebihnya serta kesalahan ucap baik yang saya sengaja atau tidak, saya mohon maaf.



Video yang berkaitan dengan Mothering Monday : Mengapa anak anda tidak perlukan garam atau gula tambahan


0 comments:

Posting Komentar