Jumat, 11 Desember 2015

SERUAN KEPADA SEMUA PEGUAM SYARIE

Konvensyen Peguam Syarie Malaysia Kali Ke-2 ?

Pada Jumaat, 1 Julai, 2011 jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di GrandBall Room, Hotel Grand Season,Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Konvensyen ini adalah anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Tema Konvensyen - ?Guaman Syarie : Prospek Pengukuhan Institusi Kehakiman Syariah Di Malaysia Menjelang 2020?.

Objektif-objektif Konvensyen seperti berikut :-

? Memantapkan peranan sistem kepeguaman dan perundangan Islam agar mampu menjadi penyelesai kepada permasalahan umat Islam selaras dengan tuntutan Islam

? Memperkasakan keupayaan kredibiliti institusi perundangan, kehakiman dan kepeguaman syarie serta mekanisma yang berkaitan dengan syariat Islam.

? Pengukuhan usaha menjaga kedaulatan agama Islam serta memelihara kemaslahatan dan kebajikan umat Islam di Negara ini.

? Pembugaran inisiatif yang menjadi teras kesinambungan usaha memartabatkan kepeguaman, kehakiman, perundangan dan pentadbiran Islam.

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato? Sri Mohd Najib Tun Razak akan merasmikan Konvensyen ini, pada petang tarikh tersebut.

Melibatkan penyertaan seramai lebih 1300 hingga 1500 orang Peguam Syarie, Pegawai Syariah, pegawai jabatan agama Islam, pelajar IPT dan lain-lain yang datang dari seluruh Negara. Penyertaan juga terbuka kepada orang awam dan sesiapa sahaja yang berminat. Yuran penyertaan RM90.00 seorang.

Juga akan menyaksikan wakil peguam syarie dari Malaysia, negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura akan membentangkan kertas kerja tentang aspek kepeguaman Syarie di negara masing-masing.

Manakala di sebelah petangnya pula akan diadakan Majlis Forum dengan tajuk ?Peguam Syarie : Isu, Cabaran dan Kemana?? dengan barisan panel dari kalangan peguam syarie berpengalaman luas dan berkaliber.

Di penghujung Konvensyen ini juga, satu resolusi konvensyen akan dibuat dan disampaikan kepada Perdana Menteri.

Maka, PGSM dengan ini MENYERU kepada semua Peguam Syarie seluruh Negara agar tidak melepaskan peluang yang jarang-jarang sekali muncul ini, dengan hadir beramai-ramai di perhimpunan terbesar Peguam Syarie pada 1 Julai ini.

Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman
- http://bit.ly/lvvu54
- http://peguamsyariemalaysia.blogspot.com.
atau datang terus mendaftar pada pagi 1 Julai 2011 di tempat berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Konvensyen, di talian : 03-88864800 - 4627/4614/4725.

Sekian untuk siaran.

Terima kasih.

?Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak?



reff : http://peguamsyariemalaysia.blogspot.com/2011/06/seruan-kepada-semua-peguam-syarie.html


Video yang berkaitan dengan SERUAN KEPADA SEMUA PEGUAM SYARIE


0 comments:

Posting Komentar