Sy ulang semula, dengar elok elok.
Makna MUSTAHIL pada adat ialah perkara yang tidak TIDAK MASUK AKAL @ TIDAK MUNGKIN menurut sunnah alam @ alam nyata kerana tidak dikaitkan dengan KEKUASAAN ALLAH. Hanya TERHENTI sekadar menurut LOGIK AKAL berdasarkan apa yang dicapai oleh pancaindera sahaja.
Apa dia contoh yang tidak masuk akal @ tidak mungkin pada adat itu?
Contoh pertama
Pada adat
Mustahil manusia berubah menjadi pokok
Pada adat
Tidak diterima akal bahawa manusia berubah menjadi pokok
Contoh kedua
Pada adat
Mustahil manusia boleh hidup dengan memakan dan meminum RACUN
Pada adat
Tidak diterima akal bahawa manusia boleh hidup dengan memakan dan meminum RACUN
Contoh ketiga
Pada adat
Mustahil api tidak menghanguskan tubuh manusia
Pada adat
Tidak diterima akal bahawa api TIDAK menghanguskan tubuh manusia.
Contoh keempat
Pada adat
Mustahil seseorang SEDANG mengerjakan solat di mekah jika sekadar BERANGAN angan sambil duduk dirumah.
Pada adat
Tidak diterima akal bahawa seseorang mendakwa sudah solat 5 waktu tetapi cukup sekadar BERNIAT sahaja.
Contoh kelima
Pada adat
Mustahil kita kenal gajah tanpa belajar mengenal gajah.
Pada adat
Tidak diterima akal bahawa seseorang tiba tiba TAHU tentang gajah tanpa belajar.
Itulah 5 contoh perkara yang mustahil pada adat. Mungkin ada yang terfikir 1 persoalan ini iaitu :
Berdasarkan contoh ketiga tadi, kenapa pula Nabi Ibrahim a.s. TIDAK dihanguskan oleh api?
Jawabannya begini
Kenapa Nabi Ibrahim tidak hangus didalam api?
Itulah satu contoh yg disebut sebagai MENCARIK ADAT @ MENYALAHI ADAT. Telah berlaku satu perkara yang mustahil pada adat.
Pada akal @ pada hakikat
Api itu tidak menghanguskan Nabi Ibrahim a.s. adalah atas perintah Allah. Allah perintahkan api itu supaya SEJUK kepada Nabi Ibrahim. Allah perintahkan api menghanguskan tali pengikat Nabi Ibrahim tetapi Allah tidak perintahkan api menghanguskan pakaian dan kerusi kayu tempat Nabi Ibrahim diikat dan didudukkan.
Pada akal @ pada hakikat
Api itu menghanguskan @ tidak menghanguskan adalah atas perintah Allah
Pada akal @ pada hakikat
Tidak ada yang menghanguskan melainkan Allah
Itu pula dari sudat HUKUM AKAL @ PADA HAKIKAT- Kita wajib faham hukum akal dan perbezaannya dgn 2 hukum yg lain
Hukum akal @ disebut juga sebagai HAKIKAT adalah JALAN PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
Tapi fokus kita skrg adalah hukum adat. Kita masih pada Bab 7
Hukum akal @ hakikat akan kita bincang pd Bab 8.
Oleh sebab itulah kita TIDAK boleh berpegang kepada hukum adat semata mata. Orang yang berpegang kepada hukum adat semata mata, tidak dihubungkan dengan Allah adalah orang KAFIR. Golongan yang berpegang kepada hukum adat semata mata dikenali sebagai JABARIAH.
Mereka TIDAK mahu @ mungkin tidak tahu menghubungkan perbuatan mereka kpd Allah
Lihat semula pencerahan pd Soalan 34.
Ingat semula
Pada syarak, jika kita mahu semua perbuatan kita menjadi IBADAH @ TIDAK SIA SIA, maka kita WAJIB menghubungkan semua perbuatan kita kepada Allah.
Seseorang yg membenarkan perkataan yang MUSTAHIL pada adat itu dikatakan melakukan BIDA'AH PADA ADAT. Istilah lain bagi bida'ah pada adat ialah KAFIR pada adat.
Bida'ah pada adat?
Kafir pada adat?
Ya
Apa contohnya?
Saya ulang semula 5 contoh bida'ah pada adat iaitu perkataan seperti berikut :
1) Ada manusia yang boleh berubah menjadi POKOK
2) Ada manusia yang boleh hidup HANYA dengan memakan dan meminum RACUN
3) Ada manusia yang dilahirkan memang tubuhnya tidak hangus walau dibakar didalam oven.
4) Ada orang yang boleh berada dimana mana yang dia suka dalam sekelip mata walaupun jauh beribu batu, cukup sekadar BERNIAT sahaja.
5) Ada orang yang memang sudah kenal gajah sejak dilahirkan.
Itulah 5 contoh perkataan yang sebenarnya BIDA'AH pada adat.
Apa sebenarnya makna bida'ah pada adat?
Bida'ah pada adat ialah sesuatu yang diada adakan. Sedangkan apa yg diada adakan itu SEBENAR BENRNYAadalah
TIDAK AKAN ADA
TIDAK PERNAH WUJUD
TIDAK AKAN TERJADI
dan 1001 yang lain yang sebenarnya MUSTAHIL pada adat
Semua perkataan itu hanya ada didalam fikiran @ sekadar angan angan yang MUSTAHIL BERLAKU @ MUSTAHIL TERJADI PADA ADAT
Apa tujuan mengetahui makna BIDA'AH pada adat?
Tujuannya ialah supaya kita mudah memahami
1) makna bida'ah pada akal
2) makna bida'ah pada syarak
3) makna kafir pada akal dan
4) makna kafir pada syarak
Persoalan seterusnya ialah
apa makna HARUS pada adat?
Jawabannya begini
Harus pada adat ialah perkara yang hukumnya BERUBAH-UBAH mengikut keadaan.
Apa yang berubah? Apa contohnya?
Contohnya seperti ini.
1) Si Ahmad dalam keadaan kenyang sebab baru makan sebentar tadi.
2) Si Darwis dalam dalam keadaan tidak kenyang tidak lapar.
3) Si Batu Bara dalam keadaan terlalu kenyang sebab makan sehingga 3 pinggan besar.
4) Si Lubis dalam keadaan lapar sebab tidak makan sejak semalam.
5) Si Chongyu dalam keadaan yang nyawa nyawa ikan sebab sudah 10 hari tidak makan.
Soalannya
Siapa yang paling patut diberi makan?
Siapa yang paling patut tidak diberi makan?
Jawabannya
Yang paling patut diberi makan ialah
Si Chongyu
Si Chongyu WAJIB diberi makan segera. Sebabnya ialah, jika tidak dia mungkin mati kelaparan.
Ingat ya..
Ini hukum adat.
Wajib disini
BUKAN WAJIB PADA SYARAK
BUKAN WAJIB PADA AKAL
tetapi WAJIB PADA ADAT
Yang tidak patut diberi makan ialah Si Batu Bara. Sebabnya ialah, dia sudah terlalu kenyang.
Dalam keadaan ini, memberi makan Si Chongyu adalah WAJIB pada adat untuk mengelakkkan mati dalam kelaparan.
Sedangkan hukum asal makan adalah HARUS PADA ADAT. Sekarag sudah bertukar menjadi WAJIB.
Tetapi hukum itu berubah mengikut keadaan. Hanya wajib pada Si Chongyu.
Tidak wajib pada orang lain.
Ingat sekali lagi
Wajib disini
BUKAN WAJIB PADA SYARAK
BUKAN WAJIB PADA AKAL
tetapi WAJIB PADA ADAT
Persoalan terakhir ialah
Apa tujuan kita mempelajari makna harus pada adat?
Tujuannya ialah supaya kita mudah memahami akan
1) makna harus pada akal dan
2) makna harus pada syarak - Wallohua'lam
- www.dalilakal.blogspot.com
reff : http://laisakamitslihisyaiun.blogspot.com/2015/12/bab-7-soalan-37-apakah-makna-mustahil.html
Rujuk semula Soalan 35 & 36
Soalan 37
Hukum adat terbahagi kepada 3 iaitu:
Wajib
Mustahil dan
Harus
A) Apakah makna MUSTAHIL menurut hukum adat?
Berikan contoh
B) Apakah makna HARUS menurut hukum adat?
Berikan contoh
C) Apakah tujuan kita mempelajari makna mustahil dan makna harus pada adat?
Jawapan
A) Apakah makna mustahil menurut hukum adat?
Perkataan yang paling hampir maknanya dengan makna MUSTAHIL pada adat ialah TIDAK MUNGKIN @ TIDAK DITERIMA AKAL pada adat
Supaya lebih mudah faham, perkataan MUSTAHIL pada adat itu adalah lawan bagi perkataan WAJIB pada adat
Oleh itu
Makna MUSTAHIL pada ADAT ialah perkara yang sama sekali TIDAK MASUK AKAL @ TIDAK MUNGKIN pada adat
Apa yang tidak mungkin?
Kenapa tidak mungkin?
Sebabnya ialah, perkara yang terjadi itu TIDAK dikaitkan sama sekali dengan kekuasaan Allah. Begitulah hukum adat. Akal yg memikirkan perkara itu hanya
1) TERHENTI setakat apa yg dicapai oleh pancaindera @ logik akal sahaja.
2) Hanya membicarakan perkara di alam NYATA @ sunnah alam sahaja. Tidak membicarakan perkara dialam GHAIB.
3) Tidak dikaitkan sama sekali dengan kekuasaan Allah
Ingat ya..