ARKIB : 29/03/2010
Mencemburui gaji guru
SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
.
.
.
Waaaaaahhhhh...banyak cantik ko nyebut sebarang. buat pengetahuan awak, starting gaji pokok cikgu berdegree bukan RM2500 ah, tapi RM1800++ sajork. dan dari siney ko dapat info madah cikgu di pedalaman cuci kaki? cuci kaki pun makey air hujan yang ditakong, bukan air paip tauk sik kau? jembalang ney nyampey berita kmkorg di utan tok dapat dapor, tv and astro? ada ko tauk aku meli kedirik, ngangkut semua ya makey bot, semata-mata mok tauk dunia luar n pakey mengelakkan aku gila akibat tekanan perasaan diam lam utan? n ko ingat cikgu ajak ada elaun pedalaman ya, sidak doktor ngan nurse pun ada tauk sik kau? n mun di dalam telok pisok tok ada berisik mahkamah, saya yakin lawyer ngan hakim pun akan dapat elaun yang sama. masalahnya daknya lam hutan tok nok ngakim sapa? lutong ngan mayas?
Kakya, apa ko piker sidak nok bertemu ngan T.S Muhyiddin ya nemiak baruk abis UPSR? ko sik rasa sidak yang akan "bersemuka" urg yang berpengalaman dalam dunia pendidikan tok? mestilah daknya dah bersedia ngan segala macam fakta n statistik. sik daknya kedak kau, nulis artikel tanpa berlandaskan fakta. mun pakey dihantar bertanding karangan pun, artikel kau tok ku buang lam tong uras. mun ko sik sedar hakikat ya, sitok kau ku nepas palak ko makey mayang pinang k ngilang iblis lam lubang perut ko. stupid never finish.
Kau sekadar nyebut pelan tindakan ajak, ko rasa benda ya kah yang dikomplen sidak cikgu? ko ingat molah pelan ya ajak kah kerja tambahan kmkorg? mun aku nok nyusun apa kerja cikgu, cukup jadi thesis entri aku tok kali.
Konsep bai'ah kata kau? apa ko ingat, kejayaan nemiak ngan usaha cikgu kedak graf paksi-x, melawan paksi-y, berubah secara relatif? ko ingat mun cikgu ajak yang palak-kebah-kaki-katas ngajar sampey dinihari, nemiak sik maok belajar, keputusan akan meningkat? ko ingat, mun nemiak sekadar belajar di sekolah, sik ada support parents di rumah, result nemiak boleh cemerlang? ada ko nanggar cabaran olahan nemiak aritok nang xda takut ngan manusia agik, mak bapak pun k sepak terajang, ko ingat sidak ya takut ngan cikgu? di khakkkk tuih nya ajak sidak cikgu tauk koh? belom gik mun ada mak bapak yang support olah bejit anak nya. anaknya berolah kedak penghuni neraka, tp cikgu disalah mak bapak. ada ko tauk? ada ko maok miker? jadi ko ingat, sik kira giney rupa nemiak/mak bapak, asal keputusan sik bagus, cikgu di"pencen"kan? mun gia, ko kira berapa ribu cikgu kenak pencen, dan sapa lekak ya nok ngajar sidak nemiak ya? kau tek nok ngajar? puuuuuuuuuuuuuttttttt ndet! mun ko sik pandey ngira, datang ko ke sitok, aku tok cikgu matematik ngajar ko. tapi pastikan ko hafal sifir dolok, munsik kau k ku idang ngan boyak rah sitok.
sapa kau yang berani mempertikaikan keikhlasan sidak cikgu ngajar? apa ko diam lam hati-perut aku kah? maok kau tek bacteria lactobasillus bifidus? aku sik menafikan hakikat keikhlasan ya akan medapat balasan Allah. mintak2 lah amalan aku diterimak Yang Esa. tapi ko harus ingat, sidak cikgu tok sik dapat sekadar hidup dengan keikhlasan mun xda gaji. dengan rega barang dunia kinek tok yang tiap hari nait arum bulak, salahkah mun sidak cikgu mintak gaji setimpal ngan tugas? apa ko ingat ikhlas ati cina nyual beras mun kmkorg cikgu tok nok meli barang makey "keikhlasan"??? YANG ADOOOOO...jadi mun ko sik puas ati ngan gaji ko knek tok, mintak ko nait gaji ngan boss ko nun. apa diasak komplen hal urg lain.
Jadi kepada insan di luar sana yang sepemikiran ngan Wahid Hashim tok, saya mintak mun ktkorg bukan dalam sigek2 profession tok, jgn gago nok komen mempersoalkan hak atau tuntutan urg lain lebih2. baca dan ambik tauk sebagai pengetahuan cukuplah. kerana seorang jururawat sikkan paham pahit-getir tugas seorang penari, dan seorang buroh sikkan paham susah payah seorang model kedak aku. sekian terima kasih.
reff : http://eserey.blogspot.com/2010/04/ada-ku-nuli-kau.html
0 comments:
Posting Komentar