Keluarga malang berkenaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu untuk pulang ke kampung di Lahad Datu sempena cuti hujung minggu.
Empat yang parah ialah isteri Wahid, Asibah Mashud, 37; anak mereka, Adzmir Wahid, 3, serta dua saudara mereka, Ahmad Kung, 36, dan Amir Paris, 16. Semua mangsa dari Kampung Pisang, Lahad Datu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintenden V Shivanathan, berkata Proton Saga dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh tayar belakang lori tangki minyak kelapa sawit yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke bawah lori terbabit.
Berita Harian
25 Jul 2010"
Source : http://duniaitu.blogspot.com/2010/07/2-maut-kereta-terperosok-di-bawah-lori.html
Madah diungkap santun bitara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Tidak ada komentar:
Posting Komentar